HomeEkspresiNa Kluea Market - Syurga ‘seafood’ di Pattaya, Thailand

Na Kluea Market – Syurga ‘seafood’ di Pattaya, Thailand

JIKA anda bercuti di Pattaya, Thailand, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Na Kluea Market yang terletak di wilayah Chon Buri.

Na Kluea Market merupakan sebuah pasar yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu pasar basah dan pasar kering.

Kedudukan Pattaya yang terletak di pesisiran pantai membuatkan segala hasil laut di Na Kluea Market dijual dalam keadaan segar dan murah.

Di bahagian pasar basah, anda boleh melihat pelbagai jenis hasil laut seperti ikan, udang galah, tiram dan sebagainya dijual dalam keadaan segar.

Menariknya, anda juga boleh melihat spesis-spesis haiwan laut yang jarang kelihatan di Malaysia seperti landak laut yang masih hidup!

Malah, sebilangan peniaga di pasar ini turut boleh berbicara dalam Bahasa Melayu meskipun mereka bukan orang Melayu mahupun Malaysia.

Di bahagian pasar kering pula anda boleh membeli makanan serta hasil laut kering seperti sotong kering, ikan masin, kekacang dan banyak lagi.

Menurut penduduk di Pattaya, harga jualan hasil laut di Na Kluea Market amat murah berbanding di kawasan lain.

 

Author

Pilihan Editor