HomeBeritaPolitikHanya bertahan dua minggu, Nik Abduh 'buka puasa' politik

Hanya bertahan dua minggu, Nik Abduh ‘buka puasa’ politik

TATKALA tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir ke penamatnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil untuk aktif semula dalam dunia politik.

Bekas Ketua Pemuda PAS itu pada Selasa mengumumkan bahawa ‘puasa’ politiknya sudah berakhir selepas dua minggu.

“Saya berbuka puasa.

“Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Pada 31 Julai lalu, bekas anak menteri besar Kelantan itu mengumumkan ‘berpuasa’ daripada aktiviti politik.

Tangkap layar hantaran Nik Mohamad Abduh.

Langkah tersebut diambil selepas namanya tidak dicalonkan sebagai salah seorang calon PAS-PN bagi menghadapi PRN Kelantan.

Sebelum ini, Nik Abduh dilapor berminat untuk bertanding, namun hanya menyasarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka – yang pernah diwakili bapanya, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikutan namanya tidak dicalonkan, adik Nik Abdul Aziz yang juga bapa saudara Nik Abduh, Nik Din Nik Mat, menggesa orang ramai untuk tidak memberikan undi kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, yang bertanding di DUN Panchor.

Mohd Amar adalah Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa. Kawasan tersebut mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Chempaka, Panchor dan Kijang.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS menafikan bahawa beliau berperanan menghalang Nik Abduh menjadi calon pada PRN kali ini.

Author

Pilihan Editor