HomeBeritaViralJaga-jaga! Lagi kes wanita kena ‘skodeng’ di tandas awam

Jaga-jaga! Lagi kes wanita kena ‘skodeng’ di tandas awam

CYBERJAYA: Jika dilihat di media sosial, banyak perkongsian mengenai kes tandas awam wanita dicerobohi individu yang mahu mengintip.

Dalam satu kejadian terbaharu, seorang wanita berkongsi detik cemas selepas mengetahui dia sedang dirakam ketika sedang menggunakan tandas awam.

Tindakan individu yang ingin merakam wanita itu di dalam tandas diketahui selepas dengan jelas dapat dilihat kedudukan telefon bimbit yang berada di celahan dinding tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook Putrajaya Komuniti, Mohamad Fikri menasihati orang lelaki untuk menemani pasangan mereka di luar tandas supaya kejadian seperti itu dapat dielakkan.

“Kepada para wanita dan suami, hati-hati jika ingin menggunakan tandas awam atau tandas tempat kerja, periksa dulu keadaan sekeliling, biar kita ada perasaan curiga.

“Untuk para suami, temanilah isteri kita ke tandas (tunggu di luar tandas) takut ada mata gatal yang suka mengintai,”

Menurut Fikri, kejadian itu berlaku kepada isterinya pada hari Jumaat di kawasan sekitar Putrajaya.

Author

Pilihan Editor