HomeBeritaViralKanak-kanak sesak nafas dalam kereta ditinggalkan ibu bapa

Kanak-kanak sesak nafas dalam kereta ditinggalkan ibu bapa

SEORANG kanak-kanak lelaki ditemukan terkunci di dalam sebuah kereta dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapanya pada Khamis.

Dalam satu rakaman berdurasi seminit di laman X, kanak-kanak terbabit dilihat dalam keadaan sesak nafas dan hampir pitam akibat ketiadaan oksigen.

Berkunci dari luar, hanya tingkap di bahagian pemandu depan dibiarkan sedikit terbuka sebagai laluan untuk membenarkan udara masuk.

Menyedari situasi tersebut, seorang individu dikenali sebagai @arifjat di Twitter mendakwa, kanak-kanak terbabit meronta-ronta dan menangis akibat sesak nafas ketika kejadian.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat.

“Enjin dimatikan lepas itu tingkap depan saja buka sikit, kenapa la tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ini.

“Hampir 40 minit aku dekat situ ibu bapa dia tak datang pun jadi aku minta pertolongan ramai.

 

“Perkembangan terkini budak itu selamat, semua orang pecahkan tingkap dan bawa kanak-kanak itu ke klinik untuk menerima rawatan,” katanya.

Setakat ini, masih belum ada sebarang kenyataan pihak polis dikeluarkan berhubung kes tersebut, manakala lokasi sebenar kejadian juga belum diketahui.

Author

Pilihan Editor