HomeHiburanKhairul Aming tak minat jadi pelakon & penyanyi

Khairul Aming tak minat jadi pelakon & penyanyi

CYBERJAYA: Pemenang Creator of The Year di TikTok Award Malaysia 2023, Khairul Aming menyatakan dia tidak pernah terlintas untuk menceburi bidang lakonan mahupun nyanyian.

Katanya, dia lebih gemar dengan dan mahu kekal relevan dalam bidang masakan yang dibuatnya menerusi secara dalam talian itu.

Malah, pengusaha ‘Sambal Nyet’ itu juga pernah menolak beberapa tawaran sebelum ini.

“Banyak tawaran yang saya terima, tapi saya terpaksa tolak.

“Saya bermula secara online. Saya tak mahu lari bidang daripada mana saya mula sebab di sinilah pengikut menyokong saya.

“Kalau ada masa mungkin saya akan cuba masuk TV di masa akan datang. Namun menyanyi dan berlakon semestinya tidak. Mungkin hanya program di bulan Ramadan,” katanya seperti dilapor mStar.

Dalam pada itu, dia turut berharap anugerah TikTok yang diterimanya semalam dapat memberi inspirasi kepada anak muda untuk bergelar content creator.

Dalam ucapannya semalam, dia turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mengutamakan pelajaran kerana percaya bahawa untuk kekal relevan dalam sesebuah industri itu memerlukan ilmu.

“Ramai ibu-ibu yang minta saya nasihat apabila anak mereka mahu jadi content creator. Bagi saya penting untuk mereka tamatkan pelajaran terlebih dahulu.

“Tak salah mereka nak menceburi bidang ini lebih awal, namun saya risau mereka tidak dapat melihat realiti yang sebenar,” ujarnya.

Author

Pilihan Editor