HomeHiburanMondy Tatto buka tudung, kembali tayang ‘perangai’ asal

Mondy Tatto buka tudung, kembali tayang ‘perangai’ asal

PETALING JAYA: Ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dikenali sebagai ‘Mondy Tatto’ kembali membuka tudung dan dikatakan berubah kepada perangai asalnya.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, wanita yang berasal dari Indonesia itu kembali tidak bertudung dan berjubah seperti ketika berada di Malaysia semasa dibawah ‘jagaan’ Ebit.

Berdasarkan beberapa klip video di TikTok, Mondy kelihatan ‘free hair’ dan hanya mengenakan topi serta memakai baju berlengan pendek.

Perbuatan ibu muda itu juga telah membuatkan pengguna media sosial menyoal tindakan tersebut dan mendakwa wanita itu tidak ikhlas untuk berubah.

“Aku sorang je ke perasan masa mula-mula Ebit Lew jumpa Mondy ni, dia memang tak ikhlas pun nak berubah, sedihnya,” tulis @CAHAYA.

“Manusia berubah berubah sekejap jadi macam ni sekejap jadi macam tu itu la manusia,”kata @oyen gemuk.

Selain itu, ada juga pengguna mendakwa perubahan sebelum ini hanyalah ‘content’ (kandungan media sosial) semata-mata.

“Semua itu hanya sekadar content,” ujar @Emma Rahim.

Sebelum ini media melaporkan, Ebit membantu seorang ibu tunggal bertatu di sekitar Jakarta, Indonesia berikutan wanita berkenaan terpaksa menyara anaknya yang berusia empat tahun seorang diri.

Menerusi hantaran di Facebooknya, wanita berusia 21 tahun bernama Mondy itu ditemui tidur di tepi jalan beralaskan kotak.

Ebit kemudiannya membawa Mondy ke Malaysia dan membuat ‘live’ menjual sambal sebelum khabar wanita berkenaan sepi apabila dia pulang ke kampung halamannya. – Kosmo

Authors

Pilihan Editor