HomeBeritaViral'Nasi goreng tiada jodohnya' - Netizen terhibur nama menu kreatif, 'broken'! 

‘Nasi goreng tiada jodohnya’ – Netizen terhibur nama menu kreatif, ‘broken’! 

CYBERJAYA: Semata-mata nak tarik perhatian pembeli, sebuah restoran dalam talian menggunakan nama kreatif untuk setiap hidangan yang ditawarkan.

Mungkin seringkali kita lihat menu ‘nasi goreng Thai’, ‘nasi goreng kampung’, namun berbeza dengan kedai makan satu ini yang kreatif meletakkan nama menu kelakar dan luar biasa.

Menerusi perkongsian Twitter @surayaror, tular tangkap layar memaparkan pilihan menu  bagi hidangan di sebuah kedai dengan nama unik dan ada di antaranya merupakan lirik lagu.

Antaranya adalah Nasi Goreng Kasih Sayang, Nasi Goreng Jantan Special, Nasi Goreng Tiada Jodohnya dan Nasi Goreng Bila Cinta di Dusta Hati Mula Gelisah.

Tangkap layar itu nyata menarik perhatian warga net dengan koleksi nama hidangan yang unik itu.

“Apa yang didustakan agaknya dalam nasi goreng tu,” kongsi netizen.

“Hahahaha, tersakiti betul owner tu,” komen netizen.

“Tokey kedai kaki karaoke ni,” seloroh netizen.

Author

Pilihan Editor