HomeBeritaViral'Anak sampai sorok duit dalam stokin' - Wanita dakwa anaknya dibuli rakan...

‘Anak sampai sorok duit dalam stokin’ – Wanita dakwa anaknya dibuli rakan sekolah

CYBERJAYA: Luluh hati seorang wanita bergelar ibu apabila melihat video anak lelakinya dibuli semasa berada di sekolah.

Menerusi video tular, kelihatan anak pengadu diterajang di bahagian perut oleh rakannya. Mangsa bagaimanapun tidak membalas perbuatan pembuli terbabit.

“Rasa sakit 11 tahun lepas tak hilang lagi aku beranak ke anak aku, apa masuk sekolah ni mudah-mudah anak-anak orang ni buli anak aku.

“Aku seorang ibu takleh nak bayang lagu mana sakit anak aku time pembuli ni buli dia,” luah pengadu.

Menurut pengadu, video tersebut dihantar oleh kanak-kanak lelaki berbaju merah dengan niat untuk mengejek anaknya.

“Yang baju merah ni hantar video ni nak menganjing (mengejek) ke anak aku, aku ni ibu dia buka, kelu lidah takleh nak cakap apa-apa.

“Tuhan sebaik-baik perancang. Dia bagi tengok sekerat pun takpela video ni, sekurang-kurangnya ada bukti,” katanya.

Dakwa pengadu lagi, anaknya terpaksa menyembunyikan duit belanja sekolah di dalam stokin bagi mengelakkan dirampas oleh pembuli.

“Anak aku sampai sorok duit dalam stokin nak beli time rehat. Dia main lempar kotak pensil sampai kotor, koyak habis pon tak mengaku juga.

“Aku beranak bukan suka-suka nak suruh orang buli anak aku macam tu, sorok belakang tu siap suruh gi ramai nak gaduh katanya. Macam kita pula salah ,” dakwanya.

Author

Pilihan Editor