CYBERJAYA: Tular di media sosial video memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni rakyat setempat dalam Kembara Kenali Borneo di Sarawak.
Menerusi perkongsian video di TikTok @kumangwarrior, kelihatan Baginda hadir bersama dua anakanda iaitu Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kol, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.
Dalam pada itu, Baginda secara tiba-tiba memberi isyarat meminta semua untuk diam seketika kerana mahu membuat satu pengumuman.
Bagaimanapun, suasana yang senyap tiba-tiba itu bertukar riuh apabila mendengar Baginda menyatakan bahawa Tengku Hassanal masih bujang dan Tengku Amir sudah berkahwin.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net terhibur dengan tindakan Baginda yang nyata berjiwa rakyat.
Malah, ada juga yang berseloroh menyatakan Baginda seolah-olah memberi ‘hint’ untuk menerima menantu dari bumi Kenyalang.
“”Ini comel… Sampai Sarawak cari menantu,” komen warga maya.
“Ada Cinderella tertanggal selipar tu Tuanku,” seloroh seorang lagi netizen.
“Aduh tuanku kenapa promote time saya suda kawen?” luah seorang lagi pengguna TikTok.