HomeBeritaViralMasyaAllah.. lawanya! - Netizen 'melting' tengok hasil penulisan pelajar sekolah agama

MasyaAllah.. lawanya! – Netizen ‘melting’ tengok hasil penulisan pelajar sekolah agama

CYBERJAYA: Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa kepingan foto memaparkan hasil penulisan tahriri yang kemas dan cantik oleh seorang pelajar perempuan.

Lamya Amina yang berusia 13 tahun itu merupakan seorang pelajar di SMK Agama Maahad Muar (SMKAMM), Johor.

Bakat yang dimiliki Lamya Amina,13, membuatkan warga net terpegun. // Foto: FB: SMK Agama Maahad Muar Rasmi

Perkongsian foto hasil penulisan Lamya di Facebook rasmi SMKAMM itu nyata membuatkan rata-rata warga net terpesona dengan bakat yang dimiliki gadis kecil itu.

Malah, ada juga yang menyifatkan penulisannya itu menyejukkan hati setiap mata yang melihat dan membacanya.

“Cantiknya tulisan Quran Tahriri adik ni.. Maasha-Allah,” puji warga net.

“Masya Allah… Tahniah Dik…kemas dan cantik… Hargailah bakat anugerah Allah… Semoga anda terus cemerlang,” tulis netizen.

 

“MasyaAllah, sejuk perut ibu mengandungkan awak,” kata seorang lagi netizen.

“Tahniah kepada ibu ayah yg memiliki anak hebat dan sangat berbakat ini,” komen warga net.

Untuk makluman, kaedah Tahriri adalah satu kaedah ataupun proses penulisan Al Quran di buku yang telah disediakan.

Melalui kaedah ini para pelajar akan lebih cepat dan kuat hafalan kerana mereka menghafal, membaca dan menulis.

Author

Pilihan Editor