HomeBeritaMahkamah & JenayahMayat lelaki tanpa identiti ditemui di perhentian bas

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di perhentian bas

BINTULU: Suasana perhentian bas Batu 7, Jalan Bintulu – Tatau berhampiran simpang Jepak, di sini kecoh seketika, selepas orang ramai menemukan mayat seorang lelaki pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Bartholomew Umpit berkata, pihaknya menerima laporan orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 7.06 malam.

Namun, katanya, identiti mangsa belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

“Mangsa dipercayai seorang lelaki bukan warganegara tempatan dianggarkan berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil pemeriksaan awal pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Justeru, Bartholomew berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih berkaitan kejadian itu.

Bartholomew turut menyarankan mana-mana pihak yang ada kehilangan ahli keluarga untuk tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari, di talian 013-5653756 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Author

Pilihan Editor