KUALA LUMPUR: Marissa Dania Hakim yang dikaitkan dengan isu ‘penyondol’ rumah tangga mengaku melakukan kekhilafan tersebut.
Namun, anak pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi itu berkata, ada dakwaan dilemparkan kepadanya tidak benar.
Gadis berusia 18 tahun itu membuat pengakuan tersebut menerusi laman Instagram, namun menutup ruangan komen
Anak kedua daripada tiga beradik itu dalam hantaran berkenaan meletakkan kesalahan dan tanggungjawab kepada dirinya sendiri.
“Saya mengaku silap saya. Apa yang diviral dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku. Dan ada juga yang tidak benar, tapi saya tampil bukan untuk mempertahankan diri dan mengatakan saya tidak bersalah.
“Tapi tidak adil untuk mendengar sebelah pihak sahaja kerana apa yang diceritakan bukanlah 100 peratus tepat, namun saya tidak perlu yakinkan atau puaskan hati sesiapa,” tulisnya.
Tangkap layar pengakuan Marissa. -Foto: Instagram @marissadania_
Pada masa sama, Marissa juga meminta agar ibu bapanya tidak dipersalahkan sehingga menimbulkan kesan buruk.
Dalam perkongsian sama, Marissa turut menafikan meraikan perceraian lelaki berstatus suami orang itu seperti didakwa isterinya.
“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka.
“Saya dan lelaki itu pula mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan dia sahaja yang tahu apa yang terjadi antara kami.
“Saya dan dia tidak raikan apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti ditulis di Twitter,” tambahnya lagi.
Sejak Jumaat, kecoh kisah gadis itu didakwa mengganggu rumah tangga suami kepada dua cahaya mata sehingga berlakunya perceraian.
Selain itu, seorang wanita turut mendedahkan resit tempahan hotel di bawah e-mel Marissa dan suaminya.
BERITA BERKAITAN:
‘Check in hotel’ – Wanita dakwa anak Abby Abadi sondol suami orang hingga bercerai
‘Dia datang, kejar-kejar balik’ – Lelaki akui lemah godaan anak pelakon
‘Kau junjung Quran!’- Kakak dedah bekas suami adik ‘play victim’ tutup kesalahan curang