HomeBeritaViralWarga asing berkopiah, buat muka sedih modal minta sedekah di Bangi

Warga asing berkopiah, buat muka sedih modal minta sedekah di Bangi

BANGI: Sikap segelintir warga asing yang menjana pendapatan mudah dengan hanya meminta sedekah menyebabkan kebanyakan rakyat tempatan muak.

Dengan hanya bermodalkan air liur dan berkopiah, ditambah pula mimik muka sedih bagi meraih simpati mangsa, sindiket tersebut didakwa mampu menjana wang lumayan.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang lelaki menerusi laman TikTok @pejuang.bangsa30 baru-baru ini.

Menerusi video tular, lelaki itu pada mulanya bertindak mendekati sebelum mengherdik dua ahli sindiket peminta sedekah, yang melakukan perbuatan tersebut di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, di sini.

“Puak-puak berkumpulan ini datang sini ramai-ramai minta sedekah.

“Lari-lari! Kerja kau orang minta sedekah je. Semaklah! Minta sedekah sesuka hati,” jeritnya menyebabkan ahli sindiket itu bertempiaran lari jauh daripada lelaki tersebut.

@

♬ –

Setakat berita ini ditulis, perkongsian video itu sudah mendapat lebih 434,700 tontonan, dengan lebih 18,300 tanda suka (likes) serta 1,884 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengharapkan pihak berwajib untuk turun padang bagi memantau dan mengambil tindakan ke atas sindiket berkenaan, yang dilihat semakin berleluasa.

Tulis JasonLoh: “Mana pihak berwajib? Sampai rakyat terpaksa bertindak. Rakyat nak hadap kena tanggung.Tolonglah kerajaan buat sesuatu.”

Soal JD: “Penguatkuasa mana? Imigresen tak nampak ni?”

Tambah Ir farhan: “Dalam bab ini, penguatkuasaan yang sepatutnya ambil cakna.”

Pada masa sama, terdapat netizen yang berkongsi mengenai pengalaman sama berkaitan sindiket peminta sedekah dalam kalangan warga asing.

Shu Mardijaya berkata: “Pernah berlaku depan mata saya, pelarian Syria ini minta sedekah di pasar malam Tasik Puteri. Rasanya dia dapat kutip lebih RM500 malam tu. Kalau hari-hari boleh bayangkan.”

Kongsi @mridzuanyapbinabd: “Semalam dekat Batu Maung, Pulau Pinang ada yang jenis macam ini. Dia dekati (mangsa) dan mengadu sakit dan lapar. Saya buat tak tahu dan dia terus pergi dengan elok berjalan.”

Pinta Syawal_@WAI: “Datang Melaka bang. Sini dia punya bos kaya. Modal bagi budak-budak kopiah guna nama madrasah. Bos dia bukan main kaya.”

Sebelum ini, lelaki yang berkongsi video berkenaan turut berkongsi sebuah video memaparkan sepasang ahli sindiket warga asing, yang meminta sedekah sambil membawa seorang bayi di sekitar Bukit Bintang, di ibu negara.

https://www.tiktok.com/@pejuang.bangsa30/video/7281814216598637825

Difahamkan, pihak berkuasa sudah pun mengambil tindakan ke atas pasangan terbabit.

Author

Pilihan Editor