HomeBeritaViralBetul ke stesen minyak di Johol antara yang tertua di Malaysia?

Betul ke stesen minyak di Johol antara yang tertua di Malaysia?

CYBERJAYA: baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah stesen minyak yang didakwa sebagai stesen tertua di Malaysia mengundang kekaguman warga net.

Difahamkan, stesen minyak tersebut dikatakan berusia hampir 100 tahun dan telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Malah, pada tahun 2010 stesen minyak itu pernah dalam rancangan untuk dirobohkan namun, dikekalkan atas permintaan orang ramai.

Sehingga kini, stesen minyak yang terletak di pekan Johol, Negeri Sembilan masih menjadi persinggahan penduduk di kawasan itu.

“Masih ada pelanggan tetap dan pengguna setia yang membuatkan stesen tersebut masih berdiri teguh.

Demi kerana sedia berkhidmat untuk penduduk tempatan, pengusaha stesen minyak Shell Pekan Johol ini sanggup meneruskan usaha mengekalkan stesen ini menjadi stesen minyak tertua di Malaysia,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju untuk untuk menjadikan stesen minyak itu sebagai khazanah yang perlu dijaga dengan baik.

“Boleh cadangkan masukkan dalam senarai bangunan warisan kebangsaan. Submit kepada Jabatan Warisan Negara,” cadang netizen.

“Kepada penduduk setempat, jagalah itu memori yang kalau hilang pasti tak berganti… nostalgia,” komen netizen.

“Terbaik orang kampung, pakat-pakat support ni bagi dia beroperasi sampai anak cucu. Kelangsungan sejarah,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor