HomeBeritaNasi lemak serendah RM1! Jom 'Makan Sama-Sama' di Shah Alam hujung minggu...

Nasi lemak serendah RM1! Jom ‘Makan Sama-Sama’ di Shah Alam hujung minggu ini!

JANGAN lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke program Makan Sama-Sama (Edisi Nasi Lemak) yang akan berlangsung di i-City, Shah Alam pada 28 dan 29 Oktober 2023.

Acara julung kali dibawakan oleh Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ini bakal dimeriahkan dengan penyertaan lebih daripada 10 nasi lemak popular dan viral di Malaysia.

Antaranya ialah Village Park Nasi Lemak, Akka Nasi Lemak, Pak Naser Nasi Lemak, Chef Fauzey, dan Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi dan banyak lagi.

Menariknya, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis nasi lemak menerusi menu Rahmah yang dijual pada harga RM1 hingga RM5.

Dalam pada itu, turut diadakan aktiviti menarik seperti Sambal Smackdown dan Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Kanak-Kanak.

Bukan itu sahaja, pengunjung turut berpeluang memasuki Waterworld@i-City bermula pukul 12 tengahari secara percuma tanpa had!

“Pengunjung perlu datang bersedia dengan pakaian renang mereka.

“Pas percuma ini diberikan sempena program tanggungjawab sosial korporat One Shah Alam, One Destination yang dilaksanakan oleh Central i-City Mall, DoubleTree by Hilton i-City, i-City and Mercu Maybank.

“Program tersebut berpaksikan konsep kesatuan (Oneness) dan rakan kerjasama program tersebut berhasrat untuk mewujudkan satu platform yang saksama bagi setiap individu, komuniti dan perniagaan di Shah Alam agar rakyat Malaysia akan terus maju dan melestarikan keamanan dan keharmonian negara, selaras dengan konsep Malaysia Madani,” maklum wakil Makan Sama-Sama dalam satu kenyataan.

Author

Pilihan Editor