HomeBeritaViral'Penyewa dari neraka!' - Tuan rumah kecewa barang rosak, penyewa lari tak...

‘Penyewa dari neraka!’ – Tuan rumah kecewa barang rosak, penyewa lari tak langsai hutang sewa

CYBERJAYA: Tuan rumah mana yang tidak kecewa apabila melihat rumah kediaman yang disewakan menjadi haru-biru dek kerana sikap penyewa yang biadab.

Itulah yang dialami seorang wanita dikenali Nur Fazirah yang kesal dengan seorang penyewanya yang seringkali membuat masalah.

Menerusi perkongsian di Facebook, Nur Fazirah menzahirkan kekecewaan apabila melihat keadaan rumah sewanya yang amat teruk.

Menurutnya, dia mula tergerak hati untuk melihat keadaan rumah kerana tunggakan sewa rumah yang tidak dijelaskan penyewa semakin banyak.

“Tergerak hati nak tengok rumah tu sekali masuk mengucap tengok keadaan rumah..nak mencarut pun ia jugak mulut nie, geram tgk keadaan rumah.

“Saya bagi rumah dalam keadaan cantik, kemas siap dengan perabot, mesin basuh, radio, peti ais, sofa, katil, tilam, tv, meja makan supaya penyewa selesa dduk situ tapi macam ni pulak dia buat pada saya.

“Rumah dah tak rupa rumah, dah macam rumah jin bertendang,” tulisnya menzahirkan rasa kesal.

Keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa sehingga mengecewakan tuan rumah // Foto: FB Nur Fazirah

Lebih menyakitkan hati apabila penyewa berkenaan kini sudah melarikan diri daripada menjelaskan segala hutang sewa yang tertunggak.

“Sekarang penyewa dah lari, dah tak boleh nak buat apa, kesudahannya reda jela hati ni, kena kemas rumah yang macam jin bertendang,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga net menzahirkan rasa simpati atas nasib yang menimpa wanita itu dan menyarankannya untuk membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Author

Pilihan Editor