HomeGaya HidupSetahun boleh dapat RM3,300, wanita ini kongsi tips menabung sempoi

Setahun boleh dapat RM3,300, wanita ini kongsi tips menabung sempoi

NAK menabung tapi tak tahu cara?

Kalau rasa susah betul nak menabung tu, kini ada cara mudah dan kalau buat secara konsisten anda boleh dapat sehingga ribuan ringgit menjelang hujung tahun.

Menerusi hantaran di Facebook Safura Planner, wanita ini berkongsi tips dan cara mudah untuk menabung.

Tips simpan duit:

RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Jumlah keseluruhan genapkan RM400.

RM5 – Simpan setiap minggu dua keping. Jumlah keseluruhan genapkan setahun RM500

RM10 – Simpan setiap minggu dua keping. Jumlah keseluruhan setahun genapkan RM1,000

RM20 – Simpan setiap bulan dua keping. Jumlah keseluruhan genapkan RM500

RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) jumlah setahun RM600

RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, Sept, Nov) jumlah setahun RM600

Jumlah keseluruhan setahun: RM3,300

Semoga tips simpanan duit yang dikongsikan ini dapat mendatangkan manfaat kepada pembaca. Cuba, jangan tak cuba!

Author

Pilihan Editor