HomeBeritaPolitikHamzah dakwa Ahli Parlimen Perikatan Nasional dihasut sokong Anwar

Hamzah dakwa Ahli Parlimen Perikatan Nasional dihasut sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) didatangi seorang ahli perniagaan dengan cubaan untuk mengikat mereka ke dalam perbincangan mengenai pertukaran sokongan di Dewan Rakyat.

Bercakap dalam sidang akhbar, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mendakwa terdapat percubaan dari blok kerajaan untuk menghasut ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) bagi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamzah mendakwa beberapa rakan separtinya telah didekati orang yang tidak dinamakan yang cuba meyakinkan mereka untuk menyokong Perdana Menteri dengan menawarkan beberapa cadangan projek dan wang.

Terdahulu, dua orang ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengisytihar sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Suhaili Abdul Rahman.

Ketika sidang media yang diadakan oleh pemimpin PN hari ini, Ahli Parlimen Kubang Pasu Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata beliau antara yang didatangi individu tersebut dan telah menyekat nombor pemanggil.

Beliau ditawarkan jawatan tinggi dalam sebuah agensi persekutuan, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.

Selain itu, ahli parlimen di Selangor, Kedah dan Terengganu telah menerima permintaan yang sama untuk mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan yang mendakwa memiliki gelaran Datuk, memaklumkan mereka tentang “rancangan perniagaan” bagi kawasan mereka yang boleh meningkatkan ekonomi tempatan di kawasan tersebut.- Utusan

Authors

Pilihan Editor