ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze menyatakan anjuran COS-MIC 2023 nyata menjadi platform terbaik dalam mencari bakat baru dalam industri kreatif, khususnya dalam bidang animasi.
Malah, COS-MIC 2023 turut menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung dari seluruh negara sekali gus menjana ekonomi industri kreatif tempatan di negara ini.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian COS-MIC 2023 di Sunway Pyramid Convention Centre, pada Jumaat.