MELIHAT golongan wanita berkumpul bersama kawan-kawan berbicara tentang kehidupan itu adalah suatu perkara yang lazim dilihat dan bukanlah aneh untuk dihiraukan.
Namun, pernahkan anda terfikir apakah yang seringkali dibicarakan golongan lelaki ketika mereka keluar ‘lepak’ beramai-ramai di malam hari?
Baru-baru ini, tular video pendakwah terkenal, Ustaz Don duduk berbual dengan sekumpulan lelaki di sebuah kedai makan pada waktu malam.
Video perbualan ustaz Don yang dikongsi menerusi aplikasi X @pelaburbijak itu memaparkan, ustaz Don sedang bercerita tentang himpunan hadis Rasulullah SAW.
“Lelaki kalau lepak malam-malam minum kopi selalu buka cerita deep macam ni lah,” tulisnya.
https://twitter.com/Pelabur_Bijak/status/1728336266541011175
Dek kerana video berkenaan dikatakan memberi gambaran topik sebenar perbualan kaum lelaki, rata-rata netizen lelaki tampil meninggalkan komen menandakan setuju dengan perkongsian tersebut.
Malah, ada antara mereka yang turut berkongsi topik perbualan mereka bersama rakan ketika lepak hingga lewat malam.
“Aku dulu selalu lepak dengan sorang member aku ni borak pasal spiritual, sifat-sifat tuhan yang boleh diserap dalam diri, bila dah setiap malam borak benda yang sama baru aku sedar makin merapu topik perbualan kiteorang. Tapi dioramg ni bagus lepak dgn ustad (ustaz Don), ilmu dia bersanad,” tulis netizen.
“Semalam berbicara tentang generasi melayu dimana asal usul kita dan penang country HAHAHAHAHA,” seloroh seorang lagi warga net.
“Dimulakan dengan topik random, disudahi dengan tazkirah,” ujar seorang lelaki.