HomeGaya HidupNak mohon kerja melalui WhatsApp? Ikuti cara ini!

Nak mohon kerja melalui WhatsApp? Ikuti cara ini!

SELAIN daripada memohon kerja melalui e-mel, pasti ada di antara turut memohon kerja melalui aplikasi WhatsApp.

Tapi, cara memohon kerja melalui aplikasi itu perlulah beretika supaya dapat memberi tanggapan yang baik daripada syarikat yang dimohon.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ds Chazy yang menyatakan terdapat enam elemen penting diketengahkan sewaktu memohon pekerjaan.

Ikuti perkongsian ini:

“Saya bagi tips, kalau nak apply kerja melalui Whatsapp kena buat macam ini:

1. Beri salam

Contoh: Assalammualaikum atau salam hormat

2. Perkenalkan diri dan asal

Contoh: Saya Ahmad dari Kota Kinabalu

3. Bertanya dan menyatakan niat

Contoh: Boleh tahu syarikat tuan ‘Nama syarikat’, adakah sedang membuka peluang pekerjaan / ada kekosongan jawatan ‘Nama Jawatan’, Saya berminat untuk memohon jawatan pekerjaan tersebut.

4. Dokumen Sokongan

Contoh: Berikut adalah Resume/CV saya untuk makluman dan pertimbangan daripada pihak tuan.

5. Nyatakan harapan

Contoh: Saya harap melalui resume saya ini dapat peluang untuk pihak Tuan memanggil temuduga, saya bersedia berkongsikan apa yang saya mampu bantu syarikat untuk lebih maju ke depan.

6. Ucapkan terima kasih

Contoh: Terima Kasih

Mudah kan? Bila nak dapatkan sesuatu pastikan kita berusaha dan minta elok-elok.

Barulah bakal majikan gembira dan tenang nak balas mesej anda!

Semoga bermanfaat!

Author

Pilihan Editor