HomeBeritaViral'Pengemis moden'- Ramai setuju trend NPC di TikTok macam pengemis

‘Pengemis moden’- Ramai setuju trend NPC di TikTok macam pengemis

MELALUI sebuah tinjauan dalam talian yang dilakukan oleh Public Health malaysia, rata-rata warga net bersetuju aksi meniru non-playable character (NPC) menerusi siaran langsung di TikTok sebagai pengemis moden.

Untuk pengetahuan, trend NPC di TikTok merujuk kepada individu yang cuba meniru gaya, perwatakan, kostum, suara atau aksi sesuatu non-player character tersebut.

Malah, mereka yang muncul di ‘live’ TikTok akan membuat pergerakan unik bergantung kepada hadiah yang diberikan penonton.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Public Health Malaysia di Facebook, ramai berpendapat mereka yang terlibat dengan NPC keterlaluan dan seolah-olah terdesak mendapatkan wang.

Hal ini demikian kerana, setiap hadiah yang diberikan penonton mempunyai nilai yang boleh ditukar kepada wang dan difahamkan ada yang menerima ribuan ringgit dengan hanya satu siaran langsung.

Daripada 12,140 warga net yang menyertai tinjauan itu, hanya 473 daripadanya tidak menyokong pendapat ini.

“Baru tengok kat tiktok tadi, dah macam budak terencat akal dah aku tengok diorang tu, elok-elok normal dah macam putus urat kat otak je gaya dia. Kesian tengok pun ada,” komen @Eyqa Dinn 

“Memang nampak macam duitnya banyak… tapi sampai bila nak buat benda ni? adakah trend ini boleh berkekalan sampai bila-bila untuk orang yang buat content camni untuk dapatkan duit?” soal @Andrew James

“Pengemis moden. Malu dengan kakak OKU yang berusaha jual burger. Pengemis moden ni, mostly cukup sifat,” selar @Azmil Ahud 

Ada pula yang berpendapat bahawa ini adalah satu kesenian yang berbentuk hiburan. 

“Kuasa memberi tu pada tangan sendiri. Kalau tak suka swipe je lah. Pada yang menyokong mungkin satu hiburan untuk mereka, diorang nak bayar suka hati diorang laa,” tulis @Lynn Mazelan.

“Beza tu… pengemis dia duk tepi jalan tak buat apa-apa buat muka kesian then dapat derma. Sebaliknya NPC buat something untuk hiburan then dapat gift/ganjaran. ada ka kamu rasa terhibur tgk pengemis tepi jalan?” sokong @Miclare Klay

“Rasanya ia adalah satu seni persembahan. Kau suka apa yg dia buat kau bagi gift lah kan? Apa bezanya dengan seni jalanan?!,” ucap @Wok Rai

Author

Pilihan Editor