HomeNiagaKerjasama Lautan Variasi-Kusuma Agroniaga perluas perniagaan

Kerjasama Lautan Variasi-Kusuma Agroniaga perluas perniagaan

CYBERJAYA: Lautan Variasi Sdn Bhd melebarkan sayap perniagaannya dengan memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Kusuma Agroniaga Sdn. Bhd di sini, pada Selasa.

Pengarah Urusan Lautan Variasi, Datuk Syed Nasir Hussin Syed Peer berkata,
MoA itu dimeterai bagi memastikan kedua-dua syarikat tersebut berkembang lebih maju dan lebih dikenali di peringkat global.

Noorhayati (kanan) ketika menandatangani MoA berkenaan sambil disaksikan Syed Nasir.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Datin Noorhayati Jarlill selaku Pengarah baharu Kusuma Agroniaga.

Ia kemudian diselangi dengan tandatangan oleh wakil Kusuma Agroniaga sambil disaksikan oleh peguam Lautan Variasi, Calvin @ Kiew Wing Khong.

Turut hadir dalam majlis sama adalah Ketua Pegawai Operasi Lautan Variasi, Jaiendran Bashkaran; Ketua Pegawai Eksekutif Lautan Variasi, Rajesh Bhatt; dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Variasi, Hakimi Zuffrida Mohd Zain.

Sementara itu, wakil dari Kusuma Agroniaga yang turut melengkapkan majlis termasuk Pengarah Urusannya, Rizal Omar serta setiausaha syarikat itu, Fazlin Aziz dan Lee Shook Mun @ Lee Yee Yue.

Lautan Variasi merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) berlesen sejak 2016.

Syarikat yang diperbadankan perniagaannya pada Ogos 2015 itu menyediakan perkhidmatan Telekomunikasi dan Rangkaian Jalur Lebar berlesen sepenuhnya menerusi VSAT, iaitu stesen bumi dua hala yang menghantar dan menerima data daripada satelit.

Untuk rekod, Kusuma Agroniaga merupakan pembekal produk daripada kelapa segar berkualiti tinggi.

Antara produk dihasilkan syarikat itu termasuk santan kelapa, kelapa parut, kerisik kelapa, dan kelapa patek, yang turut dilengkapi dengan penghantaran ‘Just In Time – King of Santan‘ untuk mengekalkan kesegarannya.

Author

Pilihan Editor