HomeBeritaViral'Lelaki tak matang' - Netizen kecam lelaki sanggup ceraikan isteri, kembali bersama...

‘Lelaki tak matang’ – Netizen kecam lelaki sanggup ceraikan isteri, kembali bersama ‘first love’

“KESIAN wife dia.”

Demikian respons warga net apabila mendengar pengakuan seorang individu dikenali sebagai Jimmy mengenai dirinya yang sukar melupakan cinta pertamanya walaupun sudah berkahwin.

Lebih mengejutkan, Jimmy yang membuat pengakuan menerusi panggilan di sebuah stesen radio berkata, dia nekad menceraikan isterinya semata-mata untuk kembali bersama dengan cinta pertamanya.

Malah, dia turut menyokong tindakan pelakon, Hafidz Roshdi yang berkahwin dengan cinta pertamanya, Athira Yuhada selepas sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada.

Jelasnya, cinta pertama adalah sesuatu yang paling sukar dilupakan meskipun dia dan isterinya sudah melalui bahtera perkahwinan lebih setahun.

“Betul, first love sangat susah dilupakan. Macam kes baru-baru ini berkait Hafidz Roshdi, saya sangat setuju dengan apa yang dia buat bila kahwin dengan first love siap buat video.

“Sebab saya pun dalam situasi yang lebih kurang begitu. Saya ada seorang wanita yang memang saya dah kenal lama sangat dari kecil.

“Saya sekarang memang sudah bersama dengan orang lain (berkahwin) tetapi dalam masa sama saya dengan dia juga.

“Hati saya memang masih dengan cinta pertama, dan apa saya perlu buat adalah akhiri dengan apa yang ada sebab dia ada satu tempat istimewa dalam hati,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net mengecam pengakuan individu itu serta meluahkan rasa simpati terhadap isterinya.

“Kesian wife dia! semoga Jimmy dan first love mati bersama,” komen netizen. 

“Kalau tak boleh nak lupakan first love tu asal kahwin dengan orang lain. Kau ni menganiaya perempuan yang dah jadi bini kau la,” selar netizen.

“Ni lelaki tak matang. Kalau lelaki yang matang dia akan focus dekat anak bini dia. Tak ada nak layan first love pebenda tah adoi,” tulis netizen.

Author

Pilihan Editor