JIKA anda mahu membeli ikan tongkol, jangan lupa ikuti petua menarik ini yang dikongsi menerusi Facabook Lopak Tikey:
Katanya, terdapat bisa pada bahagian ekor ikan tongkol yang boleh mengganggu kesihatan para penghidap resdung.
“Sebab tu jarang beli lauk siap untuk ikan ni. Kalau nak makan memang akan beli, siang dan masak sendiri.
Anak pun dah tahu kalau siang ikan ni ekor mesti tarik buang bisa dia dulu. Baru boleh proceed next step dan sampai basuh bersih,” pesannya.
Petua beli ikan tongkol:
- Beli yang halus-halus – senang nak tarik buang bisa
- Cara nak buang bisa – Kena pulas sikit ekor sampai rasa longgar sikit dan tarik. Jangan pulas habis takut ekor tercabut terus dan tak sempat tarik bisa tu keluar.
Selamat mencuba!