PASTI ramai yang gemar menikmati tomyam kerana aroma dan kuahnya yang pekat ditambah pula dengan rasa masam manis pedas yang sempurna!
Tapi, tak semua masakan tomyam di kedai itu betul-betul kena dengan selera tekak anda kan?
Malah, ada juga yang cuba masak di rumah namun tidak mencapai tahap citarasa yang diinginkan.
Macam mana nak dapat tomyam pekat sedap macam makan di kedai Thai?
Jom ikuti perkongsian petua dari Facebook Page Petua Nenek ini!
Guna daun ketumbar Jawa
Seringkali kita melihat daun ketumbar dimasukkan dalam masakan tomyam, namun mengikut petua dikongsikan, disarankan guna daun ketumbar Jawa.
Hal ini kerana daun ketumbar Jawa mempunyai bau yang lebih kuat (wangi) dan akarnya turut menjadi penyedap bagi sesuatu masakan seperti tomyam dan sup. Padanlah rata-rata orang Thailand gemar gunakan daun ini dalam masakan mereka!
Cara masak guna daun ketumbar Jawa:
- Hiris halus-halus dan tabur, boleh juga kerat panjang-panjang
- Jangan lupa masukkan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dulu baru masukkan.
- Jangan risau daun ketumbar jawa tak lembik, jadi dia tak akan hancur macam sayur sawi atau bayam jika lama masaknya
- Daunnya boleh dimakan