HomePendidikan‘Wajarkah pelajar T20 bayar yuran penuh MRSM?’

‘Wajarkah pelajar T20 bayar yuran penuh MRSM?’

CYBERJAYA: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki tampil mengemukakan soalan kepada khalayak berhubung pembiayaan kos pembelajaran pelajar daripada golongan T20 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, beliau menyatakan purata kos belajar bagi seorang pelajar di MRSM adalah sebanyak RM18,000.

Foto: FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

“Matlamat ditubuhkan MRSM untuk bantu pelajar luar bandar dan miskin mendapat pendidikan terbaik dan ditanggung sepenuhnya oleh MARA.

“Polisi MARA ketika ini ialah 60 peratus pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, miskin dan dari luar bandar.

“Apakah sudah tiba masanya untuk pelajar daripada keluarga T20 yang mahu mendapatkan manfaat belajar dalam ekosistem MRSM membayar penuh kos yang ditanggung MARA?” soalnya.

 

Persoalan yang ditinggalkan beliau itu nyata mengundang perhatian ramai pihak hingga menjadi perbahasan di ruangan komen hantaran berkenaan.

Malah, rata-rata masyarakat berpandangan satu kajian yang mendalam perlu dilaksanakan bagi mendapatkan jawapan disebalik persoalan itu.

“Kena buat kajian komprehensif, termasuklah temuduga/soal selidik pelajar dan ibu bapa pelajar T20 di MRSM sekarang dan bekas pelajar, mustahil jawapan yang adil akan dapat melalui pertanyaan media sosial,” komen warga net.

“Perlukan kajian yang mendalam Dr. Selalunya akan berlaku kes penipuan slip gaji dan pelbagai lagi kegiatan untuk elak membayar yuran. Mungkin separuh yuran. Mungkin penuh. Libatkan kakitangan untuk buat survey menyeluruh. Pandangan ramai orang diperlukan,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

Author

Pilihan Editor