HomeBeritaViralWujud nenek layan cucu ikut taraf pekerjaan mak ayah

Wujud nenek layan cucu ikut taraf pekerjaan mak ayah

SEDAR atau tidak, sebenarnya masih wujud nenek yang pilih kasih dan beri layanan berbeza kepada cucu mengikut taraf pekerjaan ibu bapa mereka.

Sering kita dengar apabila nenek lebih sayangkan cucu berbanding anak dan menantunya. 

Sehinggakan jika si ibu meninggikan suara kepada anaknya, pasti akan dileteri oleh neneknya kerana telah memarahi cucu kesayangannya.

Namun begitu, masih terdapat nenek yang bersikap berat sebelah di antara cucu-cucunya.

Dapat dilihat menerusi perkongsian TikTok @edletoys, yang memaparkan layanan berbeza oleh seorang nenek terhadap cucunya mengikut taraf pekerjaan ibu bapa.

Sekiranya cucu itu datangnya dari keluarga susah, layanan nenek akan menjadi kasar dan tidak menunaikan permintaan cucunya itu.

Berbeza pula dengan cucu yang ibu bapanya mempunyai pekerjaan bagus, layanan mereka akan berubah menjadi baik serta lebih menyayangi kanak-kanak tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga net yang rata-ratanya berkongsi kisah mereka menerima layanan buruk oleh nenek.

Anak-anak aku makan pakai pinggan polisterin tapi cucu kesayangan pakai pinggan kaca… paling sedih anak aku yang tanya… ‘Ibu kenapa kami pakai pinggan polisterin’,” luah netizen.

“Sebiji nenek I, nenek I tak suka mak I as menantu so anak anak pun dia tak suka, nasib baik dah mati so tak hairan dah,” komen netizen.

“Anak-anak aku pernah kena dengan mak mertua aku, dialog dia ‘tu kicap jangan guna pak ude kau beli nanti anak-anak dia tak cukup nak makan’,” kongsi netizen.

Author

Pilihan Editor