HomeGaya HidupRisau rambut gugur dan makin menipis? Ikuti 5 langkah ini

Risau rambut gugur dan makin menipis? Ikuti 5 langkah ini

RAMBUT yang bersepah di atas lantas dan bilik mandi kadang-kadang membuat kita rasa rimas. Lebih merunsingkan apabila rambut semakin menipis kerana terlalu banyak gugur.

Keguguran rambut biasanya disebabkan oleh genetik dan menjadi lebih ketara terjadi pada lelaki dan wanita apabila usia meningkat.

Penyebab kedua paling biasa ialah telogen effluvium. Keadaan ini berlaku apabila lebih banyak rambut anda memasuki kitaran rehat (gugur).

Telogen effluvium boleh disebabkan oleh:

  • Tekanan
  • Kehamilan
  • Kesan sampingan ubat
  • Masalah kesihatan asas

Jika pelbagai produk sudah dicuba tetapi menemui kegagalan apa kata anda mencuba kaedah rawatan alami di rumah. Merujuk kepada healthline, kami kongsikan lima kaedah yang anda boleh lakukan sendiri tanpa melibatkan kos yang besar.

1. Makanan tambahan

Banyak vitamin dan mineral diperlukan untuk perkembangan dan pertumbuhan rambut yang betul. Kekurangan nutrisi berpotensi menyebabkan keguguran rambut.

Vitamin D boleh membantu mengurangkan simptom keguguran rambut genetik atau telogen effluvium.

Foto: Harvard Health

Penyelidikan juga telah menemui kaitan antara vitamin D rendah dan alopecia areata, sejenis rambut gugur yang bertompok disebabkan oleh tindak balas autoimun. Adalah disyorkan bahawa orang yang mengalami keadaan ini menambah vitamin D jika mereka kekurangan.

Beberapa kajian kecil telah menemui terlalu banyak vitamin A atau selenium boleh menyebabkan keguguran rambut, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk mengukuhkan penemuan itu.

Penyelidik juga terus mengkaji sama ada terdapat apa-apa faedah untuk orang yang mempunyai alopecia areata untuk menambah zat besi atau zink.

2. Urut kulit kepala

Urut kulit kepala boleh membantu merangsang pertumbuhan rambut dengan menggalakkan peredaran dan perubahan gen.

Finger Comb | Follow on Instagram: @timmossholder
Photo by Tim Mossholder on Unsplash

Kajian kecil pada 2016 melibatkan sembilan lelaki Jepun yang tidak botak mendapati bahawa urutan kulit kepala selama empat minit setiap hari meningkatkan ketebalan rambut mereka.

Di samping itu, mengurut kulit kepala juga boleh membuat anda lebih relaks.

3. Diet

Diet juga memberi kesan besar kepada keguguran rambut. Diet yang kaya dengan antioksidan boleh membantu melawan tanda-tanda tekanan oksidatif iaitu faktor persekitaran yang merosakkan folikel rambut dan menyumbang kepada keguguran rambut.

Foto: Saber Healthcare

Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni seperti strawberi, beri biru, kekacang, bayam dan kangkung adalah sumber antioksidan yang hebat.

Manakala gula, lemak yang diproses, pengawet dan alkohol semuanya boleh menyumbang kepada tekanan oksidatif.

4. Minyak pati (essential oil)

Minyak pati adalah ekstrak semula jadi yang dihasilkan oleh tumbuhan. Sesetengah minyak pati mungkin mempunyai sifat yang merangsang pertumbuhan rambut.

Kajian pada 2016 mendapati bahawa minyak lavender boleh merangsang pertumbuhan rambut pada tikus. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk melihat sama ada keputusan ini memberi kesan positif kepada manusia untuk merawat rambut gugur.

Foto: Mudbrick Herb Cottage

Minyak pati yang selalu digunakan sesetengah orang untuk pertumbuhan rambut termasuk:

  • Pudina
  • Bunga raya cina
  • Ginseng
  • Jatamansi
  • Lavender

5. Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan anda tetapi juga menyebabkan masalah rambut gugur.

smoking, cigarette, man
Photo by cherylholt on Pixabay

Merokok boleh merosakkan sel rambut, menjadikan folikel rambut anda rapuh dan mudah rosak. Kajian telah mengaitkan merokok dengan peningkatan kadar uban pramatang dan keguguran rambut. – Relevan

Author

Pilihan Editor