HomeBeritaViralBakat kemahiran 3 beradik cilik buat netizen teruja

Bakat kemahiran 3 beradik cilik buat netizen teruja

PENDIDIKAN di rumah atau lebih dikenali sebagai homeschooling semakin menjadi pilihan ibu bapa pada masa kini.

Zamzarinah Aidah Hamzah, ibu kepada tiga anak perempuan memilih homeschooling sebagai sumber didikan bagi anak-anak perempuannya iaitu Qaisra, 15; Qisya, 14; dan Qaira, 12 tahun.

Bukan itu sahaja, platform TikTok menjadi pilihan Zamzarina sering berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti yang berkaitan pembelajaran anak-anak.

https://vt.tiktok.com/ZSFMVMEwE/

Pelbagai pembelajaran menarik seperti ilmu bertukang, memasak, menternak haiwan, dan sains diajar oleh Zamzarina kepada anak-anaknya.

Zamzarinah turut menjelaskan bahawa anak-anaknya sentiasa diberi pendidikan yang selari dengan sukatan pelajaran dari semasa ke semasa supaya tidak keciciran dengan pelajar lain.

Menurut Zamzarina, pendidikan yang diajarnya itu bertujuan sebagai persediaan buat anak-anaknya di dunia luar.

Salah satu perkongsian Zamzarina tular di Tiktok, menunjukkan tiga anak gadisnya sedang membuat kemahiran membaiki sinki di sebuah pondok yang dibina oleh mereka sendiri. 

“Melawan hukum main pondok-pondok ni dik,” demikian coretan yang ditinggalkan seorang pengguna Tiktok yang teruja melihat kemahiran tiga beradik itu.

Sekali gus, perkongsian tersebut telah mengimbau kenangan lama warga net ketika bermain pondok-pondok semasa kecil.

Melihat kemahiran tiga beradik itu, warga net mengambil peluang meninggalkan komen-komen lucu.

“Masa aku kecil dulu, nak pegang gunting pun takut, tapi dia siap pegang drill,” kata @noradam69734856.

The real kemahiran hidup… Aku dulu buat bekas alat tulis guna tepung pun dah bangga,” imbau Merep2p1.

“Umur 18 tahun nanti, tapi pengalaman kerja 12 tahun. Salute!” puji mizanng.

“Akak dulu main pondok-pondok guna daun pisang je dik, masak pun guna imaginasi je, korang memang terbaik,” tambah @suzie.

Author

Pilihan Editor