HomeBeritaWanita maut tertidur dalam kereta di Ipoh

Wanita maut tertidur dalam kereta di Ipoh

IPOH: Seorang wanita ditemukan meninggal dunia dalam kereta berkunci di kawasan parkir hadapan Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan mendapati mangsa menjaga bapanya yang sakit di wad HRPB dan dipercayai masuk ke dalam kereta untuk berehat tanpa membuka cermin kereta.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu bedah siasat yang dijadualkan pada hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah beliau, siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk bahagian belakang kereta terbabit dan pihak bomba dapat membuka pintu kereta mangsa menggunakan peralatan khas.

Susulan kejadian, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan.

“Pihak polis  ingin menasihatkan orang awam agar tidak mengamalkan tabiat tidur dalam kenderaan kerana sekiranya enjin kenderaan dimatikan, sistem pengudaraan tidak berfungsi, atau ketiadaan oksigen boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba,” maklumnya.

Author

Pilihan Editor