HomeBeritaDBKL serbu premis kotor sekitar KL

DBKL serbu premis kotor sekitar KL

CYBERJAYA: Tiga daripada 58 premis di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana tidak mengikut piawaian akta UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

Perkara itu susulan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan Operasi Sepadu Bersih di enam lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Antara lokasi yang diserbu adalah Jalan Genting Klang (Parlimen Setiawangsa), Jalan Maktab (Parlimen Titiwangsa), Taman Mastiara (Parlimen Batu), KL East Mall (Parlimen Wangsa Maju), Taman Bukit Anggerik (Parlimen Bandar Tun Razak) dan Jalan Rimbunan Raya 1 (Parlimen Kepong).

“Operasi Sepadu Bersih melibatkan pemeriksaan ke atas 81 premis. Premis tutup/tidak beroperasi adalah 23 dan hanya 58 buah premis diperiksa.

“Berdasarkan hasil daripada pemeriksaan, tiga premis telah dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

“Selain itu, sebanyak 65 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” maklum DBKL dalam satu kenyataan.

DBKL turut menyatakan bahawa pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.

Sebahagian premis yang diserbu DBKL didapati berada dalam keadaan kotor // FB DBKL

Dalam pada itu, DBKL turut menyatakan bahawa pihaknya akan giat menjalankan operasi serbuan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

Author

Pilihan Editor