HomeBeritaViral'Jem, sesak tu biasalah' - Orang ramai serbu Melaka, sanggup beratur lama...

‘Jem, sesak tu biasalah’ – Orang ramai serbu Melaka, sanggup beratur lama demi tiket ‘free’

SEMPENA sambutan Hari Memperingati Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, negeri Melaka dilihat begitu sesak dengan lautan manusia dari pelosok negeri, hari ini.

Manakan tidak, perkara itu susulan Kerajaan Melaka menawarkan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri itu untuk masuk dan menggunakan kemudahan secara percuma di 10 tarikan pelancongan pada Selasa.

Menjengah di Facebook Page Orang Melaka, dikongsikan beberapa foto menyaksikan suasana orang ramai sanggup beratur sejak awal pagi tadi untuk berkunjung ke destinasi pilihan di negeri berkenaan.

Antara yang menjadi rebutan orang ramai adalah untuk memasuki Melaka Wonderland & Themepark, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari.

Menjengah di ruangan komen hantaran terbabit, warga net dilihat meninggalkan pelbagai reaksi berhubung situasi di Melaka hari ini.

“Saya suka tengok, time inilah orang anak ramai merasa nak bawak anak-anak family pergi bersantai. Takpe panas sikit, jem sikit sediakan makanan dan minuman secukupnya. InshaAllah enjoy semua ya,” komen netizen.

“Best. Enjoy je korang bawa anak-anak create memori. Jem ke, sesak ke ramai orang ke.. Itu biasa la,” tulis netizen.

“Idok ler nak pergi beratur panjang-panjang. Hehehe boleh pitam ni ramai-ramai,” luah warga net.

“Lanjutkan la tempoh sehingga hujung bulan!” komen seorang lagi pengguna Facebook.

Untuk makluman, kemasukan percuma di 10 destinasi menarik di Melaka hari ini melibatkan lokasi iaitu di Zoo Melaka, Melaka Wonderland & Themepark, Melaka River Cruise (MRC), Menara Taming Sari, Malaysia Heritage Studios, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Balai Cerap Al-Khawarizmi, Taman Laut Melaka, Kelab-kelab golf Melaka dan Muzium Penjara Malaysia.

Malah, pelancong turut menikmati parkir percuma di semua kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Author

Pilihan Editor