HomeBeritaTun M di IJN, masih dalam proses pemulihan

Tun M di IJN, masih dalam proses pemulihan

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini masih dirawat dan dalam proses pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasminya pada Selasa.

“Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sejak 26 Januari 2024. Beliau masih lagi dalam proses pemulihan,” tulis kenyataan tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial foto Dr. Mahathir dalam keadaan nazak sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Bagaimanapun, perkara itu disahkan sebagai berita palsu.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial bagi mengelak penyebaran berita tidak sahih.

Author

Pilihan Editor