HomeBeritaMeta lantik anak Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah

Meta lantik anak Malaysia sebagai ahli lembaga pengarah

SYARIKAT induk sebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, Meta mengumumkan pelantikan ahli lembaga baharu untuk syarikat mereka, Broadcom Inc, baru-baru ini.

Menjadi satu kebanggaan buat tanah air apabila salah satu ahli lembaga baharu itu merupakan anak kelahiran Malaysia iaitu Hock Tan yang kini merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Broadcom Inc, lapor Amanz.

Difahamkan, Hock Tan yang merupakan anak jati Pulau Pinang, sebelum ini pernah berkhidmat di sejumlah syarikat termasuk General Motors, dan PepsiCo.

Kepakaran Hock Tan dalam arena semikonduktor dijangka akan membantu Meta yang kini giat melakukan pelaburan dalam arena kecerdasan buatan dan pembangunan GenAI.

Selain Hock Tan, ahli lembaga pengarah Meta juga turut terdiri daripada CEO Dropbox, pelabur Marc Andreessen dan lain-lain.

 

Author

Pilihan Editor