HomeBeritaViral‘Please stop making stupid people famous!’ - Amin Idris

‘Please stop making stupid people famous!’ – Amin Idris

TIDAK dapat dinafikan lagi bahawa ‘the power of’ media sosial nyata berupaya memberi impak tinggi dalam kehidupan seseorang.

Malah, kuasa tular yang bergerak pantas di alam maya itu juga secara tidak langsung mempengaruhi nilai dan moraliti sesebuah masyarakat.

Baru-baru ini, pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris tampil bersuara dengan situasi yang berlaku di Malaysia masa kini yang disifatkan semakin ‘sakit’.

Menerusi hantaran di Facebook, Amin menyatakan Malaysia adalah sebuah negara yang mudah untuk orang menjadi popular.

“Malaysia ni senang nak jadi ‘famous‘.

“Buat lagu raya nyanyi sumbang, hina exam SPM, terbaru jadi bapak ayam, zaaaaasss sekelip mata jadi ‘selebriti’.

Please stop making stupid people famous. Nilai dan ilmu dipandang sepi dan sendu,” tulisnya.

Teguran yang disuarakan Amin itu nyata mendapat perhatian umum yang rata-ratanya turut kecewa dengan situasi di tanah air masa kini.

“Sedih. Makin ramai yang menormalisasi dosa atas tiket nak cepat naik,” ujar netizen.

“Zaman bermula lahirnya ikon dan pengikut yg tidak berkualiti. Risau dekat budak-budak sekolah bang. Guru-guru dan masyarakat kena struggle ‘clearkan’ mana baik mana buruk pada pelajar. Kadang-kadang dah tahu buruk pun akan ikut sebab trend, amat merisaukan dan semakin parah,” luah seorang lagi warga net.

“Moga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang mungkar,” titip netizen.

Author

Pilihan Editor