HomeBeritaSolat hajat atas Jambatan Tendong tumpuan orang terjun

Solat hajat atas Jambatan Tendong tumpuan orang terjun

 

PASIR MAS: Kerajaan Kelantan mengadakan solat hajat di atas Jambatan Tendong di sini, memandangkan lokasi itu menjadi tempat individu terjun.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, solat hajat boleh dibuat di mana-mana, namun kerajaan negeri memilih di atas jambatan kerana lokasi itu kerap menjadi tempat individu terjun.

“Orang terjun atas jambatan bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid.

“Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini,” katanya selepas Majlis Solat Hajat di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Terdahulu, solat hajat berkenaan diimamkan oleh Timbalan Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang yang dihadiri lebih 500 jemaah.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Media sebelum ini melaporkan, 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021.

Pengarah Bomba Negeri Kelantan, Zainal Madasin berkata, kesemua kes ditemukan lemas.

Author

Pilihan Editor