HomeBeritaSPRM tahan Ratu Naga

SPRM tahan Ratu Naga

CYBERJAYA: Aktivis politik Perikatan Nasional (PN), Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Nabila Khairuddin, lapor Berita Harian pada Jumaat.

MenurutĀ  Nabila, sepasukan lima pegawai SPRM menyerbu kediaman anak guamnya di Jalan Klang Lama, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi sebelum Syarul Ema Rena ditahan dan dibawa ke Putrajaya.

“Ya, benar anak guam saya (Ratu Naga) ditahan pada 9 pagi ini, namun alasan penangkapannya belum dimaklumkan oleh pegawai SPRM.

“Justeru itu, kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang mengatakan dia tidak ditahan dan hanya dipanggil untuk rakam percakapan tidak benar.

“Saya kini berada di SPRM, Putrajaya namun sehingga kini dibenarkan berjumpa dengan anak guam saya dan masih menunggu maklumat lanjut daripada pegawai penyiasat,” maklumnya.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilaporkan berkata, wanita terbabit hanya diambil keterangan bagi membantu siasatan satu kes mengikut Seksyen 16 Akta SPRM.

Author

Pilihan Editor