HomeBeritaViralWanita ini kongsi 4 jenama air kosong tinggi mineral!

Wanita ini kongsi 4 jenama air kosong tinggi mineral!

SATU kebiasaan buat ibu bapa sekiranya melihat anak-anak gemar menikmati makanan atau minuman yang manis.

Namun, harus diingatkan bahawa kadar pengambilan gula perlu dijaga sejak dari kecil lagi bagi memastikan anak-anak membiasakan diri dengan gaya hidup sihat.

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali Mazliana Mazlan berkongsi perihal yang ringkas namun berguna untuk ibu bapa manfaatkan dalam menjaga kesihatan anak-anak.

Menerusi perkongsian yang tular di Facebook, wanita berkenaan menyarankan ibu bapa serta penjaga supaya membiasakan anak-anak minum air mineral.

“Kenalkan dengan anak-anak, air mineral botol warna-warni macam ini supaya mereka sendiri terbiasa ambil air putih berbanding air manis dengan pewarna tiruan.

“Kita yang kena tunjuk dan buat, baru anak akan ikut. Kalau setiap kali pergi stesen minyak, kita yang ambil air botol yang ada pemanis dan perasa tiruan, anak akan ikut dan minum juga,” katanya.

Dalam hantaran sama, Mazliana turut berkongsi empat jenis air mineral yang dikaji mempunyai kandungan mineral tinggi.

Berikut adalah perkongsiannya:

4 jenama air kosong tingi mineral:

  1. Bubbles O2

– Dari Kompleks Al-Ammar, Negeri Sembilan.

– Tinggi dengan kandungan oksigen terlarut melebihi 100 peratus dan kandungan mineral lain.

  1. Spritzer

– Datang dari kawasan hutan hujan, 420 kaki bawah tanah, di Spritzer EcoPark Taiping, Perak.

– Tinggi kandungan silika berbanding Evian dan Volvic.

  1. Evian

– Datang dari kawasan pergunungan Alps.

– Tinggi kandungan magnesium berbanding Volvic dan Spritzer.

  1. Volvic

– Datang dari kawasan gunung berapi.

– Tinggi kandungan kloride berbanding Evian dan Spritzer.

“Lepas ni boleh lah beli selalu ye. Kandungan asli mineral yang ada dalam air macam ini yang buatkan air ini mahal sikit harganya, tapi inilah air yang berkualiti untuk diminum,” pesannya.

 

 

Author

Pilihan Editor