HomeHiburanBercerai adalah jalan terbaik – Adira Suhaimi

Bercerai adalah jalan terbaik – Adira Suhaimi

CYBERJAYA: Penyanyi, Adira Suhaimi tetap dengan keputusan untuk bercerai dengan suami, Datuk Seri Adnan atau Datuk Red.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, dia berpandangan perceraian adalah jalan terbaik meskipun suaminya masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Buat masa sekarang, itu sahaja jalan yang saya nampak (bercerai). Saya percaya pihak suami mahu kami berbaik semula.

“Namun, jalan (penyelesaian) yang saya nampak adalah dengan berpisah (bercerai),” katanya memetik, Kosmo.

Tambah pelantun Pujaan Hati itu, dia tetap berfikiran positif dan enggan menunjukkan kesedihan di depan empat orang anaknya.

Jelasnya, segala yang dikongsikan dalam media sosial, adalah realiti dirinya yang sebenar apabila sentiasa ceria kerana mahu menjaga emosi anak-anaknya.

“Apa yang saya tunjukkan dalam media sosial, itulah keadaan diri saya yang sebenar. Saya tidak berpura-pura.

“Penting sebagai ibu kepada empat orang anak, untuk tunjuk yang baik-baik sahaja. Sebagai ibu, saya kena selalu positif untuk anak-anak.

“Kerana mahu tidak mahu, saya tidak boleh meletak jawatan sebagai ibu. Pada masa sama juga, saya tidak mahu ganggu emosi anak-anak yang masih kecil,” ujarnya.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia 2 tahun.

Author

Pilihan Editor