HomeBeritaViralIsu sarung tangan kuning: Peniaga mohon maaf, ucap terima kasih kepada KKM

Isu sarung tangan kuning: Peniaga mohon maaf, ucap terima kasih kepada KKM

CYBERJAYA: Seorang peniaga makanan Siam, Dania Sadek tampil memohon maaf serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas teguran berhubung isu salah guna sarung tangan kuning yang digunakannya ketika mengendalikan makanan.

Diana menerusi akaun di TikTok berkata, dia tidak mengetahui perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan.

Jelasnya lagi, dia memilih sarung tangan tangan tersebut kerana kuning merupakan warna kegemarannya. 

“Pertama sekali, saya betul-betul minta maaf, kali ni saya memang salah.

“Saya fikirkan sarung kuning itu memang full great dan kuning itu adalah oven brand colour, saya sukakan warna kuning.

“Insya-Allah saya akan betulkan dan akan buat lebih baik selepas ini dan jangan risau glove tersebut sudah saya buang seperti KKM kata ia tidak sesuai untuk digunakan,” katanya.

Terdahulu, KKM menerusi aplikasi X memberi peringatan kepada orang ramai tentang penggunaan sarung tangan getah berikutan tular video wanita berkenaan memakai sarung getah tersebut ketika mengendalikan makanan.

Menurutnya, penggunaan sarung tangan kuning hanya sesuai untuk kerja-kerja pembersihan dan tidak sepatutnya digunakan untuk penyediaan makanan.

“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” tulisnya.

Berikutan dengan kes itu, KKM juga menggesa pengendali makanan dan minuman di Malaysia untuk mengikuti kursus Keselamatan dan Kualiti Makanan yang disediakan.

“Pemain industri makanan yang telah mendapat sijil boleh memaparkan pensijilan ini pada produk mereka,” kata KKM dalam kenyataan itu.

Author

Pilihan Editor