HomeBeritaMahkamah & JenayahLelaki ditahan, kantoi seludup 102kg daun ketum dan syabu

Lelaki ditahan, kantoi seludup 102kg daun ketum dan syabu

TENOM: Polis menahan seorang lelaki bersama 102.7 kilogram (kg) daun ketum dalam operasi Bersepadu Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Tenom-Keningau semalam.

Hasil serbuan sekitar pukul 11 pagi, polis turut merampas dadah jenis syabu di dalam kenderaan suspek berusia 41 tahun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Hasan Majid berkata, kejadian disedari apabila polis menahan sebuah kenderaan yang dinaiki suspek warga tempatan terbabit.

Susulan itu, pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut menemukan lapan guni berisi daun yang disyaki daun ketum.

Hasan menyatakan, pihak polis turut menemukan sejumlah dadah jenis syabu serta peralatan yang disyaki digunakan suspek sebagai alat untuk menghisap dadah.

Tambahnya lagi menurut laporan Kosmo, semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Author

Pilihan Editor