HomeGaya HidupJom MakanJangan buang rempah bau 'hapak'! Ikuti petua ini...

Jangan buang rempah bau ‘hapak’! Ikuti petua ini…

JIKA anda gemar menggunakan rempah biji untuk memasak, pasti anda tahu ‘bau’ kurang menyenangkan pada rempah yang sudah lama tidak dipakai.

Mungkin ada sebilangan yang mengambil keputusan untuk buang sahaja rempah biji itu kerana beranggapan bahan tersebut sudah rosak sehingga berbau.

Harus anda ketahui bahawa rempah biji yang berbau itu masih boleh digunakan tetapi perlu teknik yang betul untuk pastikan ia selamat dipakai.

Jom ikuti perkongsian dari Facebook Hanghungrykitchen berhubung petua untuk elakkan rempah biji berbau ‘hapak’.

Petua pastikan rempah selamat diguna:

  1. Kalau keadaan rempah tu terlalu berhabuk, bilas dahulu dengan sedikit air. Tapis dan keringkan
  2. Selepas itu, bolehlah di sangai diatas api yang perlahan
  3. Goreng mengunakan kuali atau peralatan yang sesuai tanpa mengunakan minyak. Balik balikan rempah tu sehingga betul betul kering. Masa ni bau rempah tersebut akan mula keluar. Harum ya amat
  4. Tutup api, sejukkkan rempah tadi. Simpan dalam bekas. Masukkan dalam peti sejuk. Insya-Allah, bertahun pun boleh tahan lagi rempah itu

Selamat mencuba!

Author

Pilihan Editor