HomeHiburanAishah 'payung' lagu Pulanglah di tepi kesesakan jalan raya

Aishah ‘payung’ lagu Pulanglah di tepi kesesakan jalan raya

LUMRAH bagi seorang penyanyi untuk menghiburkan pendengar khususnya para peminat dengan nyanyian yang menggamit jiwa.

Namun lain pula buat penyanyi tanah air, Aishah, 59,  apabila dia  memilih untuk menghiburkan orang ramai yang tersangkut dengan kesesakan lalu lintas semasa pulang beraya.

Aishah menerusi perkongsian di TikTok, mendendangkan lagu Pulanglah secara bersahaja di halaman rumahnya.

Malah, dia dengan selamba menyanyi lagu tersebut sehingga habis bagi menghiburkan orang-orang yang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas semasa pulang beraya dihadapan rumahnya.

Penyanyi legenda itu berjaya mencuri tumpuan sehingga video tersebut tular dan meraih  1.3 juta tontonan, 75.8 ribu tanda suka dan 2.2 ribu jumlah kongsian di TikTok.

Tinjauan MEDIA VARIASI di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat penyanyi tersohoritu yang tidak kekok menghiburkan peminat.

Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan punca sebenar kesesakkan tersebut disebabkan mahu melihat konsert percuma penyanyi itu.

“Ni lagi bikin jem, mana lagi nak tengok legend buat konsert free,” seloroh @ehnuar.

“Silap-silap bertambah jem jalan sebab semua nak dengar and tengok Aishah nyanyi depan mata. Jarang-jarang sekali dapatkan,” kata @kesayangantuhan.0708.

“Terbaiklah kak Aishah, selalunya artis nak kene bayar dulu baru nyanyi,” ujar @rosdiali777.

https://www.tiktok.com/@aishahjmm/video/7356798129640901906?_r=1&_t=8lXb79yA1hJ

Author

Pilihan Editor