HomeHiburanKantoi curang lagi! Kekasih gelap Aliff Aziz tampil dedah hubungan

Kantoi curang lagi! Kekasih gelap Aliff Aziz tampil dedah hubungan

PELAKON kontroversi, Aliff Aziz sekali lagi menggemparkan industri tanah air apabila muncul seorang wanita mendakwa dirinya kekasih gelap pelakon itu. 

Menerusi hantaran di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan mempunyai hubungan gelap bersama Aliff sejak awal Januari lalu.

Pendedahan tersebut dibuat kerana tidak sanggup melihat kekasihnya dikecam teruk oleh netizen selepas ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita pada Mac lalu.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak 2024. Memang kedengaran agak mengejutkan semua pihak tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.

Pendedahan Sarah di Instagram miliknya

 

“Betul memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Salah tetap salah tapi Aliff tidak berhak dituduh dituduh keseorang begitu kerana apa yang saya lihat hanya Aliff yang banyak dikecam. Dibenci dan dikeji,” katanya menerusi hantaran itu.

Dakwanya, hubungan mereka bermula dengan sesi luahan mengenai masalah rumahtangga dan berakhir menjadi detik perkenalan hubungan gelap tersebut.

“Saya mula rapat dengan Aliff awal Januari 2024 apabila selalu berhubungan di laman sosial kerana Aliff mengadu mengenai hubungannya dengan isteri (Bella) tidak baik.

“Dan selalu meminta nasihat dan moral support daripada saya, membuatkan kami lagi akrab dan Aliff mula tunjukkan rasa sayang dan cinta pada saya dan (saya) approach untuk bercinta dengan Aliff,” ujarnya.

Bahkan, Sarah juga sanggup menumpangkan kekasihnya tinggal di rumah semasa isu tangkap khalwat berlaku kerana percaya pasangan dicekup itu tidak bersalah.

Bagaimanapun dia mula tawar hati selepas menghidu hubungan kekasihnya bersama seorang pelakon wanita.

Hubungan tersebut kantoi selepas Sarah menemukan mesej yang mengandungi panggilan mesra antara mereka menyebakan Sarah rasa dicurangi.

Lebih mengejutkan, melalui perbualan itu, Sarah mendapati pelakon wanita itu berkomplot untuk menjatuhkan Bella Astilah iaitu isteri Aliff Aziz selepas setelah kontroversi khalwat terjadi.

“Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di WhatsApp bertulis nama ‘NRF’ iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.

“Saya agak terkejut semasa melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya, hati saya hancur kerana mempercayai Aliff Aziz.

“Saya teruskan melihat perbualan Aliff bersama NRF, alangkah terkejutnya saya melihat rancangan-rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.

“Rupanya apa yang Aliff lakukan adalah untuk melindungi NRF dan semua yang Aliff lakukan adalah dengan kata-kata dan suruhan NRF (seperti sudah ‘dibrainwash’),” jelasnya.

Menerusi hantaran yang sama, Sarah mendedahkan tangkap layar perbualan antara Aliff Aziz bersama seorang pelakon wanita dipercayai Ruhainies serta beberapa keping gambar mesra dirinya bersama kekasih.

 

Sementara itu, dia juga percaya Bella telah mengetahui kehadirannya sebagai orang ketiga di dalam rumah tangga mereka.

“Semua perbualan (dengan bukti). NRF yang tolong untuk peguam, pemandu, bodyguard. semua NRF uruskan, dan setiap perbualan Aliff dan NRF ber “love, sayang, rindu” segalanya.

“Hancur hati saya melihat perbualan itu, dan melihat semua perancangan jahat NRF untuk menjatuhkan Bellla, dan mempengaruhi Aliff untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami Bella yang masih sah,” katanya.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan permohonan cerai secara ekspres terhadap suaminya, Aliff susulan tangkapan khalwat Aliff bersama Ruhainies di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac 2024.

Namun, Aliff memberi alasan masih sayangkan Bella dan mahu menyelamatkan rumah tangga mereka.

Sebagai rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia 7 dan 4 tahun.

Author

Pilihan Editor