HomeBeritaLelaki tunjuk 'anu' di Shah Alam rupanya ada masalah mental

Lelaki tunjuk ‘anu’ di Shah Alam rupanya ada masalah mental

SEORANG lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Bukit Belimbing, Seksyen 26, dekat Shah Alam, Selangor baru-baru ini berada dalam keadaan mabuk dan mempunyai masalah mental.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam pada 16 April lalu.

Beliau berkata, suspek yang berusia 46 tahun sudah pun ditangkap oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati, suspek dalam keadaan mabuk dan mempunyai masalah mental.

“Suspek juga sedang menjalani rawatan psikiatrik di sebuah hospital swasta di Klang,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara selama dua tahun.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Anis Shafika di talian 011-0951310.

Sebelum ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan aksi sekumpulan orang awam bertindak mengepung sebuah kenderaan dinaiki seorang lelaki, yang dipercayai cuba melarikan diri.

Difahamkan, orang ramai mengesan lelaki tersebut ketika menghisap dadah serta melakukan gangguan seksual terhadap penduduk di kawasan perumahan terbabit.

 

 

Author

Pilihan Editor