HomeBeritaPolitikPN teliti draf MoU peruntukan sebelum buat keputusan

PN teliti draf MoU peruntukan sebelum buat keputusan

PERIKATAN Nasional (PN) akan meneliti terlebih dahulu syarat yang terdapat dalam draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang sedang dirangka kerajaan berhubung peruntukan buat Ahli Parlimen pembangkang.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, PN hanya akan membuat keputusan selepas draf MoU tersebut diteliti.

“PN menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Namun, PN selaku pembangkang akan membuat keputusan selepas meneliti terlebih dahulu syarat-syarat dalam draf MoU yang sedang disiapkan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dilaporkan pada dasarnya bersetuju mempertimbang untuk menyalurkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilapor berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Rabu.

Justeru, katanya, satu draf MoU akan dirangka terlebih dahulu, sebelum dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah untuk perundingan seterusnya.

Author

Pilihan Editor