HomeBeritaSambutan Aidilfitri Madani 2024 di 7 negeri

Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di 7 negeri

MAJLIS Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor pada Khamis.

Menurut Sekretariat Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, enam lagi majlis sambutan Aidilfitri dirancang untuk diadakan di Sabah pada 20 April, diikuti Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

Sementara itu, sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan pula akan diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) Kota Kinabalu mulai jam 10.30 pagi hingga 3 petang, dengan Kerajaan Negeri Sabah selaku tuan rumah manakala Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju.

Bagi majlis di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, dekat Johor Bahru, Johor, ia akan berlangsung mulai jam 4 petang hingga 7 malam, dengan kerajaan negeri Johor selaku tuan rumah dan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian peneraju.

“Majlis ini akan dihadiri oleh Perdana Menteri sebagai tetamu jemputan utama dan turut dihadiri oleh menteri besar atau ketua menteri negeri berkenaan,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu memaklumkan, tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah bagi memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, serta membolehkan pemimpin bertemu dan beramah mesra dengan rakyat.

Majlis itu juga bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat untuk meraikan hari kebesaran umat Islam bersama-sama pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri.

 

Author

Pilihan Editor