HomeBeritaViralWanita terkilan ditanya mengenai zuriat, siap dibandingkan dengan bekas isteri suami!

Wanita terkilan ditanya mengenai zuriat, siap dibandingkan dengan bekas isteri suami!

ANAK merupakan harta yang tidak ternilai diimpikan oleh setiap pasangan yang berkahwin.

Memiliki anak ibarat penyeri rumah tangga buat pasangan suami isteri dalam menambah bibit bahagia melayan telatah dan ragam mereka.

Namun begitu, tidak semua pasangan diberi rezeki untuk memiliki zuriat sendiri dalam melayari bahtera rumah tangga.

Seperti nasib yang menimpa oleh seorang wanita ini yang dikenali sebagai Eyqa Lee, yang menantikan zuriat selama 3 tahun dengan penuh kesabaran.

Eyqa menerusi perkongsian  di TikTok, meluahkan rasa terkilan apabila diuji dengan persoalan mengenai anak.

Menurutnya, dia bukanlah seorang yang cepat melatah apabila diajukan soalan mengenai anak. 

“Aku sebelum ni tak pernah nak terasa dengan soalan mengenai anak ke apa sebelum ni. Tapi, raya kali ini memang betul-betul menguji hati dengan soalan yang memedihkan,” katanya.

Namun raya pada tahun ini, benar-benar buat dia terasa hati apabila hampir semua  rumah yang dikunjunginya bertanyakan tentang isu sensitif tersebut.

”Yang ini anak dah berapa orang?”

“3 tahun dah lama sangat dah tu, eh tak boleh, kena juga ada anak walaupun sorang. Kene pergi berubat cepat-cepat, ambik air penawar,” antara kata-kata yang diajukan kepadanya.

Eyqa hanya mampu membalas setiap soalan tersebut dengan senyuman sedangkan dalam hatinya bagai disiat-siat menahan rasa.

Lebih memedihkan buat dirinya, apabila dibandingkan dengan bekas isteri suaminya yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini.

“Eh lamanya takde anak, dulu dengan isteri lama boleh je ada anak. Kenapa dengan kamu lambat dapat anak,” antara tohmahan yang terpaksa ditelan olehnya sehingga dia merasa tertekan memikirkan soal zuriat.

Tinjauan MEDIA VARIASI ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita tersebut.

Sementara itu, ada juga segelintir golongan Trying To Conceive (TTC) yang berkongsi pengalaman ditimpa nasib yang sama.

“Sabar ye kak, saya dan isteri pun nak masuk 5 tahun masih belum Allah bagi rezeki anak. Biar apa orang nak cakap,saya tetap akan bersama di sisi isteri saya,” ujar @alep960. 

“Abang saya 21 tahun kahwin takde anak juga, bahagia saja dengan isteri nak pergi mana-mana. Tak perlu usung beg banyak-banyak macam kami. Pernah sekali dia dia tempik (marah) sebab saudara tanya pasal anak… sampai sekarang takde siapa berani tanya,” kata @amirasafwani92.

“Kami dah 16 tahun TTC. Kami dah hadap dihina takde anak. Sampai satu masa, Allah anugerahkan rasa syukur belum ada anak. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, insya-Allah,” ulas @shaispastry.

@its.eyqalee

Aku benci raya kalini

♬ original sound – Eyqa Lee – Eyqa Lee

Author

Pilihan Editor