HomeHiburanSyasya Dolla curi perhatian dengan imej baharu berhijab

Syasya Dolla curi perhatian dengan imej baharu berhijab

BEKAS ahli kumpulan Dolla, Syasya, mendapat perhatian netizen apabila tampil lebih ayu dengan imej berhijab membuatkan ramai peminat teruja.

Penampilan terbaharu itu dilihat menerusi perkongsian oleh ibunya di Instagram baru-baru ini, yang berkongsi detik-detik sambutan raya bersama keluarga.

Bukan itu sahaja, malah ada segelintir peminat pengunduran Syasya daripada Dolla adalah disebabkan mahu berubah ke arah yang lebih baik.

Namun begitu, rata-rata peminat tetap berasa teruja dan menyatakan sokongan di atas keputusan tersebut.

@ohbulanofficial

Kita doakan yang baik2 buat Syasya ❤️ Video: Farah Farina #ohbulan #sembangentertainment #penampilan #baharu #syasya #bekas #kumpulan #dolla

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Menerusi komen-komen berkenaan, rata-rata peminat berkata yang mereka berasa gembira jika Syasya mahu berubah asalkan wanita berusia 23 tahun itu turut berasa perasaan yang sama.

“Alhamdulillah,dia pilih ke arah kebaikan. Lepas cinta dunia,” kata @asanawiyah.

“Cantik sangat bertudung, moga kekal istiqomah dan dipermudahkan segala urusan. Amin Yarabbal Alamin,” ujar @MsAlly.

“Dah agak dia keluar sebab nak berubah macam yang nenek dia nak, syukur alhamdulillah. Semoga istiqomah Syasya. Cantik manis sangat,” ulas @mirahashims.

Walaupun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang pengesahan daripada Syasya mahupun daripada individu terdekat mengenai imej terbaharunya.

Terdahulu, pada Isnin lalu, Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afigah Shahrizal, 23, membuat keputusan keluar daripada Dolla atas sebab peribadi.

Author

Pilihan Editor